Sejarah

sejarah sekolah

Sejak tahun 1969 hingga 1972, kedudukan sekolah ini terletak di kawasan Kem MRCU 12,  Jabatan Kerja Raya Kem Batu 18, Bintulu. Oleh sebab itu, sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Batu 18 Bintulu yang mana mengambil Kem MRCU 12. Ketika itu, sekolah ini di bawah jagaan Majlis Tempatan Daerah Bintulu, BDA.

Selepas bangunan asalnya diserahkan oleh pihak BDA kepada pihak Jabatan Pelajaran (nama ketika itu), bangunan baru digunakan masa kini dibina di atas sebuah tapak seluas 14 ekar iaitu lebih kurang satu kilometer jauhnya dari bangunan lama. Jabatan Pelajaran telah memberi sebidang tanah seluas 14 ekar sebagai tapak sekolah sekarang dari seorang penduduk Iban yang tinggal di Batu 17 , Jalan Bintulu-Miri, Bintulu. Bangunan asal sekolah ini dibina khas hanya untuk enam buah bilik darjah sahaja. Ini memandangkan bilangan murid dari tahun 1969 hingga 1984 tidak banyak bertambah. Tetapi kini sekolah ini berkembang dengan begitu pesat sekali mempunyai 17 buah kelas untuk menampung pertambahan murid yang datang dari kawasan berdekatan.

Pandangan sisi

Sekolah ini telah dirasmikan pembukaaannya oleh Yang Berhormat Datuk Celestine Ujang Ak Jilan pada 7 April 1981 dan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan, Ketua-Ketua Masyarakat dan penduduk-penduduk tempatan. Guru besar ketika itu ialah cikgu Hamdani Kasah.

Sehingga kini, Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Batu 18 masih kekal dengan pertambahan murid-murid sehingga 613 orang dengan kakitangan akademik dan bukan akademik berjumlah 44 orang. SK Kem Batu 18 akan sentiasa terus berkembang pesat dan diharapkan agar sekolah ini akan terus  kekal buat selama-lamanya melayani serta menghasilkan mrid yang cerdik, pintar dan boleh menjadi pemimpin generasi akan datang selaras dengan motto sekolah “Maju Terus Maju“.