Posted by: skkembatu18 | 11/12/2010

selamat tinggal 2010

kepada semua rakan guru…. saya berharap agar semua rakan guru telahpun merealisasikan segala harapan pada tahun 2010…. Mungkin banyak sejarah, pengalaman manis ataupun pahit yang telah menjadi nostalgia buat kita semua. Saya amat berharap agar semua kenangan tersebut akan menjadi suatu pengalaman yang akan mengubah persepsi dan juga impian kita pada masa depan. marilah kita tinggalkan tahun 2010 dengan seribu kenangan terindah….

SELAMAT DATANG 2011…

Posted by: skkembatu18 | 25/03/2010

selamat kembali ke sekolah

selamat belajar kepada semua warga SK Kem Batu 18. Marilah kita sama-sama memajukan sekolah kita – pesanan daripada penyelaras laman web.

Posted by: skkembatu18 | 06/01/2010

selamat datang

seluruh warga pendidik SK Kem Batu 18 ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pendidik yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. marilah kita sama-sama menaikkan nama sekolah ini tanpa mengira apa jua identiti, agama, bangsa dan kaum…. hidup kita harus sentiasa bekerjasama seperti mana selalu diungkapkan oleh wonder pet.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya.

Posted by: skkembatu18 | 06/01/2010

selamat tahun baru 2010

kepada selruh warga Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18,  Admin SK Kem batu 18 ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010.  Semoga kenangan tahun lalu akan membawa seribu pengertian dalam hidup kita semua. yang baik boleh dijadikan kenangan dan yang pahit dijadikan pedoman hidup ke arah yang lebih baik dan sempurna.

Sekali lagi, admin ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010.   Semoga semua warga pendidik akan lebih kuat dan tekun untuk terus berbakti dan menabur bakti terhadap anak-anak bangsa. semoga tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. hidup terus bersemangat.

Posted by: skkembatu18 | 21/12/2009

selamat kembali ke sekolah

assalamualaikum dan salam sejahtera….

setelah lebih sebulan bercuti…. kini semua guru sedang mempersiapkan minda dan juga fizikal untuk meneruskan cabaran serta mikul tanggungjawab 2010 yang bakal menjelang…. diharapkan tahun 2010 akan membawa kita ke arah yang lebih bagus dan baik dari sebelumnyer…. oleh itu, saya pasti semua orang akan memiliki azam dan semangat baru…. semoga tahun baru ini juga akan membawa kesejateraan dan keberkatan kepada kita semua………

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU 2010

Posted by: skkembatu18 | 22/11/2009

keputusan UPSR

keputusan UPSR telah diumunkan pada hari Khamis 20.11.2009, seramai 3 orang calon UPSR SK Kem Batu 18 telah mencatat keputusan 4A. walaubagaimanapun tahniah kepada semua pelajar terutama semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas kejayaan anak didik kita. semoga keputusan UPSR tahun ini akan menjadi wadah pemangkin untuk kita semua terus berusaha mempertingkatkan kuantiti kejayaan bukan sekadar kualiti malah kuantiti yang harus dipertingkatkan.

pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ialah

  1. Ignethaus 4A 1B
  2. Aishah Awang 4A 1b
  3. Mohd Nor Akmal Bin Hamzah 4A 1C

Tahniah dan syabas buat semua……

Older Posts »

Categories