Utama

LAMAN WEB RASMI SK KEM BATU 18website

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK KEM BATU 18, BINTULU

gb

Salam satu Malaysia. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana dengan limpah dan rahmat-Nya maka hari ini,SK KEM BATU 18, Bintulu berjaya mempunyai sebuah Laman Web yang tersendiri.  Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibatbaik secara langsung mahupun tidak langsung. Buat pengetahuan semua, Laman Web sekolah ini di bina  kerana ingin memperkenalkan SK KEM BATU 18 kepada seluruh masyarakat di dunia ini baik dalam Negara mahupun di luar Negara.  Saya amat berharap agar Laman Web ini akan dapat memberikan manfaat dan info semasa tentang SK KEM BATU 18 dengan tepat dan betul. Selain itu, saya juga berharap agar semua pengunjung yang mengunjung laman web ini dapat  meninggalkan sebarang komen ataupun pendapat yang jujur agar pihak kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada serta menambahkan apa yang sepatutnya kami tambah. Akhir kata, semoga laman web ini mampu membina ukhwah persaudaraan antara kita semua dan membentuk pembangunan diri yang seimbang seiring dengan Moto Sekolah yang berbunyi “MAJU TERUS MAJU” .

SEKIAN…….. TERIMA KASIH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

falsafah-pendidikan-negara

LENCANA SEKOLAH

Lencana Sekolah

VISI

Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18 Maju Terus Maju Kearah Generasi Cemerlang Menjelang 2010

MISI

Warga Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18 akan berusaha merealisasikan visi sekolah melalui:

  1. Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dengan pelaksanaan kurikulum yang inovatif dan efektif.
  2. Menggalakkan penglibatan ko-kurikulum yang optima dengan pendekatan yang berkesan, proakif dan mesra murid
  3. Melahirkan murid yang berakhlak mulia, berdisplin dan berketrampilan.
  4. Mewujudkan pengurusan yang dinamik, sistematik dan telus.
  5. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan mesra murid.